> > expr:class='"loading" + data:blog.mobileClass'>

Pages

Labels

Followers

Sunday, January 5, 2014

Kenapa tidak berpendirian dan tidak sabar ?



          Dalam aku duk study pasal Modul Sains, teknologi dan manusia ni aku tertarik dengan apa yang iblis cakap. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Adam dijadikan daripada tanah. Tetapi kita ni manusia selepas Adam dan Hawa dijadikan daripada hubungan biologi. aku skip sikit kat sini , dan tanah liat yang sudah kering itu kemudiannya ditempa oleh Allah S.W.T menjadi jasad seperti jasad manusia dan ditinggalkan selama 40 tahun mengikut kiraan hari Jumaat sehingga ia menjadi kering seperti tembikar. lepas tu jasad adam diletakkan di hadapan pintu syurga selama 40 tahun. Jadi yang membuat aku tertarik adalah , makhluk ini berongga maka dia tidak tetap pendirian dan tidak akan sabar.

         Macam mana iblis tahu yang makhluk berongga tu tidak tetap pendirian dan tidak akan sabar ? Apa yang dapat dikaitkan disini berkenaan dengan rongga dan tidak tetap pendirian dan tidak sabar ? Ada sejarah dah ka sebelum kejadian Adam yang membuatkan iblis ni tahu ? Dan dari mana pula iblis tahu berkenaan dengan hal ni ?

         Itu antara persoalan yang membuatkan aku tertanya-tanya dengan statement iblis ni. tak pa , insyaAllah kalau dapat peluang aku nak pi tanya dekat orang yang lebih berpengetahuan macam ustaz-ustaz.

         Dan tahu tak kenapa manusia selalu ditimpa suka dan duka ? Sebabnya adalah dalam masa 40 tahun tu , setahun jasad Adam ditimpakan dengan hujan dukacita dan setahun ditimpakan dengan hujan sukacita. sebab tu la dalam hidup kita ni macam-macam perkara yang berlaku yang membuatkan kita rasa sedih dan gembira.



sumber : modul pengajaran sains,teknologi dan manusia.
m/s : 68



Thursday, December 26, 2013

Pahala...waima hanya bakul sampah dan penyangkut baju ...


     Siapa sangka hanya dengan bakul sampah dan penyangkut baju boleh dapat pahala berterusan... Kali ni aku nak cerita pasal ex-roomate aku yang dah fly pergi southampton , London... Aku jadi roomate dia ada la dalam 3 4 miggu macam tu tak silap aku ... Syed Khairi namanya ... dari nama pun dah boleh agak macam mana orang yang bernama syed ni... Tapi boleh agak jela , manusia ni macam2 ragam... aku tak la rapat sangat dengan syed ni maybe sebab dia course lain...hehe aku ada add dia kat Facebook dan tengok jela apa yang dia post ... okeh , pasal bakul sampah dan penyangkut baju tu syed ada tinggalkan kat aku , maknanya dia bagi kataku la barang tu... so pada mulanya nampak macam normal ja tapi bila pikir2 balik syed ni dapat pahala free ja sebab aku guna bakul sampah dan penyangkut baju tu... sama la kes macam sedekah al-Quran, sejadah kat masjid yang baru nak bukak dan ilmu yang bermanfaat .... selama mana si pengguna tu menggunakan ilmu atau barang dari si pemberi , maka si pemberi tu akan mendapat pahala ... siapa tak nak kan dapat pahala free ?? so , banyak lagi benda yang boleh kita buat untuk mendapat pahala free ... contohnya macam orang yang upload video ceramah , nasyid or zikir kat Utube tu ...haa ..  Hasil kat dunia kena cari dan begitu jugak dengan bekalan untuk akhirat nanti ... sekian dari hamba yg sering lalai ~


Bukan bakul ni ...hehe  

Sunday, September 15, 2013

About Science ( Biology ) in Degree

Ok .. ini adalah berdasarkan apa yang aku tahu tentang jurusan sains biology ... Dalam bidang ni korang perlu memahami tentang proses biologi pada peringkat molekul dan sel ... Bidang ni adalah cantuman atau pun gabungan daripada subjek genetics , biochemistry , microbiology dan cell biology ... Ia juga meliputi biologi tradisional dan moden... Pastu ada la pecahan setiap sem perlu belajar subjek tertentu yang merangkumi Biologi Molekul , psikologi , genetik , mikologi dan lain-lain lagi ...





 Bidang kerja banyak ... contohnya , ahli-ahli akademik , ahli mikrobiologi , pegawai penyelidik , koordinator klinikal , pengurus projek dan pasca kedoktoran ... haa , macam tu la ...
     So , akhir kata jangan malas untuk belajar sesuatu yang baru ataupun yang sudah tahu .. mari kita renungkan kata-kata dari Imam Syafie :  "Jika kamu tidak tahan lelahnya belajar , maka kamu akan menanggung peritnya kebodohan''.                                                                                                                                                                                              Meow ni malas ... ---->






Friday, September 13, 2013

sungguh! Aku Gilakan Kau



Selepas daripada novel Epilog 3 Naga , aku beli yg ni pulak ... tak tahu la kenapa , maybe sebab boring kot atau untuk mengisi masa lapang ... Jalan cerita nya menarik ( sebab first time baca novel macam ni )... bagi aku watak Danial dalam cerita ni matang .. dan pada pandangan aku , perasaan dan perkahwinan bukan benda yg remeh temeh .. Adriana oh Adriana ,  minah blur dan terperangkap oleh jerat yg dia buat sendiri ... ish ish ish ... pelbagai konflik yg ditimbulkan membuat aku mengerti tentang perlunya bersikap tolak ansur , bertanggungjawab dan rasional dalam menangani masalah ... akhir kata , memang enjoy baca buku ni ...~~





 " Tanpa aku sedar , aku tak mahu kehilangannya. Jika rasa ini bukan cinta ... Apa lagi ertinya ? "

karya : Izz Alejandra 
penerbit : Penulisa2u

Monday, June 10, 2013

Embun yg sebenarnya sianida.




Dusta ,
mana fraternity yg dilaungkan dahulu
hanya seketika
dingin dan terus membisu
nilai aku seperti tiada 


Dusta ,

manusia hanya menilai
untuk memahami jauh sekali
bukan bertanya tetapi muncul spekulasi
bukan mendekati tetapi memaksa
memberi dan memberi
menelan semuanya
biar menyoroti hidup
dengan konotasi yg segala macam
bukan menganggap sarwa tahu




Dusta ,

tanpa mempersoalkan kenapa
fraternity itu
menjauhi dan sirna begitu sahaja
terus bernyawa dalam ber'puak' ...