Sunday, January 5, 2014
Kenapa tidak berpendirian dan tidak sabar ?
Dalam aku duk study pasal Modul Sains, teknologi dan manusia ni aku tertarik dengan apa yang iblis cakap. Seperti yang kita sedia maklum bahawa Adam dijadikan daripada tanah. Tetapi kita ni manusia selepas Adam dan Hawa dijadikan daripada hubungan biologi. aku skip sikit kat sini , dan tanah liat yang sudah kering itu kemudiannya ditempa oleh Allah S.W.T menjadi jasad seperti jasad manusia dan ditinggalkan selama 40 tahun mengikut kiraan hari Jumaat sehingga ia menjadi kering seperti tembikar. lepas tu jasad adam diletakkan di hadapan pintu syurga selama 40 tahun. Jadi yang membuat aku tertarik adalah , makhluk ini berongga maka dia tidak tetap pendirian dan tidak akan sabar.
Macam mana iblis tahu yang makhluk berongga tu tidak tetap pendirian dan tidak akan sabar ? Apa yang dapat dikaitkan disini berkenaan dengan rongga dan tidak tetap pendirian dan tidak sabar ? Ada sejarah dah ka sebelum kejadian Adam yang membuatkan iblis ni tahu ? Dan dari mana pula iblis tahu berkenaan dengan hal ni ?
Itu antara persoalan yang membuatkan aku tertanya-tanya dengan statement iblis ni. tak pa , insyaAllah kalau dapat peluang aku nak pi tanya dekat orang yang lebih berpengetahuan macam ustaz-ustaz.
Dan tahu tak kenapa manusia selalu ditimpa suka dan duka ? Sebabnya adalah dalam masa 40 tahun tu , setahun jasad Adam ditimpakan dengan hujan dukacita dan setahun ditimpakan dengan hujan sukacita. sebab tu la dalam hidup kita ni macam-macam perkara yang berlaku yang membuatkan kita rasa sedih dan gembira.
sumber : modul pengajaran sains,teknologi dan manusia.
m/s : 68
Subscribe to:
Posts (Atom)